Sinopsis Program Pemantauan Berinfomasi Ke Labuan

Seramai 16 orang Pembantu Makmal Sains, Persatuan Kebajikan Pekerja Makmal Sains Institusi Pelajaran Daerah Besut akan mengada lawatan berkenaan dari 21 hingga 23 September 2011. Program ini dirancang dan dilaksanakan sebagai salah satu usaha penambahbaikan pengurusan makmal serta menjalin hubungan yang lebih progresif dengan rakan-rakan pembantu makmal di Labuan khasnya dan di Kolej Matrikulasi amnya.
Ini adalah program pertama diluar Negeri Terengganu sejak persatuan ditubuhkan 8 bulan yang lalu.
Kami amat berharap, kunjungan ini bakal memberi manfaat kepada peserta juga kepada institusi pelajaran di mana pegawai ini wakili.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Makmal Sains, Institusi Pelajaran Daerah Besut Bil. 1/2011

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Makmal Sains, Institusi Pelajaran Daerah Besut Bil. 1/2011
25 Mei 2011- Bilik Mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah Besut, Terengganu

Selemat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432H

Jadikan hari ini lebih baik dari semalam

Sunday, August 29, 2010

Apakah yang dikatakan sabun?


Sabun adalah campuran pencuci yang digunakan bagi kegunaan luaran badan, cucian pakaian, serta peralatan rumah tangga dan sebagainya. Ia boleh diperolehi samada dalam bentuk cairan, ketulan atau serbuk. Di negara maju, pencuci sintetik telah menggantikan sabun bagi kerja-kerja dobi.
Tahukah anda, bagaimana proses sabun dibuat dan apakah bahan-bahan yang digunakan? Kebanyakan campuran sabun mengandungi sebatian garam natrium atau kalium yang boleh dihasilkan daripada asid lemak dengan bertindak balas dengan larutan beralkali (seperti natrium hidrosida atau kalium hidrosida) pada 80°–100 °C dalam proses yang dikenali sebagai saponifikasi. Lemak-lemak itudihidrolisiskan oleh bahan bes, menghasilkan gliserol dan sabun kasar (garam asid lemak beralkali).
Sabun dihasilkan daripada minyak atau lemakSodium Tallowate, bahan biasa dalam kebanyakan sabun, sebenarnya adalah lemak haiwan. Sabun yang dihasilkan dari minyak sayuran, seperti minyak zaiton, biasanya diistilahkan sebagai sabun castile.
Sekarang, sabun biasanya digantikan oleh agen pembersihan lain, sebagai contoh detergen sintetik.
Bagaimana sabun dihasilkan?

Saturday, August 21, 2010

PERUNTUKAN BEKALAN PAKAIAN SERAGAM KAKITANGAN AWAM

Kelayakan adalah berdasarkan PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 7 TAHUN 1995
Penentuan kelayakan untuk membekalkan pakaian seragam adalah berdasarkan keperluan tugas jawatan tertentu. Pakaian seragam adalah dibekalkan berdasarkan asas-asas berikut

Kot makmal merupakan sebahagian
dari peralatan perlindungan diri (PPE)
yang wajib dipakai sewaktu
mengendalikan bahan berbahaya
a) Sebagai lambangkuasa yang diperuntukkan kerana tugas jawatan yang melibatkan penguatkuasaan undang-undang, memasuki kawasan, bangunan dan rumah-rumah untuk tujuan pemeriksaan. Pakaian seragam dibekalkan bagi tujuan pengenalan diri pegawai kepada orang yang terlibat semasa menjalankan tugas mereka dan dikehendaki memakai pakaian seragam sepanjang waktu bertugas. Kakitangan yang terlibat adalah seperti Pengawal Keselamatan, Pembaca Meter, Jururawat dan Ahli Bomba.
b) Bagi tujuan perlindungan dan keselamatan diri kakitangan daripada percikan bahan-bahan kimia dan kekotoran semasa bertugas. Kakitangan terlibat dengan bidang tugas ini adalah seperti pekerja makmal, pekerja bengkel, pekerja am di luar pejabat dan wad rawatan pesakit; dan
c) Bagi tujuan kebersihan dan rupa. Ini melibatkan kakitangan seperti Pemandu dan Pembantu Am Rendah.
Peraturan mengenai pembekalan pakaian adalah sebagaimana pekeliling perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2002.
Berdasarkan kepada pekeliling ini, semua pekerja yang berkhidmat di makmal sains, khususnya Pembantu Makmal adalah layak mendapat peruntukan pakaian yang berkaitan dengan tugasan di makmal sains iaitu pakaian keselamatan makmal ( lab kot ) dengan kadar yang sepadan sebagaimana pekeliling berkaitan.


Enhanced by Zemanta

Saturday, July 24, 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Makmal Sains Daerah Besut Bil.2/2010

14 Julai 2010
Mesyuarat ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Pelajaran Daerah Besut. Dihadiri seramai 23 orang wakil dari semua institusi Pelajaran Daerah Besut. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Haji Abu Bakar bin Ramli, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Besut, Pengurusan Kurikulum Sains dan Matematik.
Antara agenda utama yang dibincang ialah memperkasakan pengunaan makmal sains sebagai pusat penyelidikan peringkat asas, Program pertandingan makmal inovatif, laporan kerosakan kemudahan asas makmal, kekurangan kakitangan makmal khususnya Pembantu Am Pejabat (PAP-N1) dan Pembantu Makmal C17. Laporan aktiviti ( program pendidikan staf makmal Januari - Jun 2010)
Agenda lain ialah mengadakan program pemantauan bermaklumat ke negeri-negeri di luar Terengganu. Mengunjungi pusat-pusat penyelidikan serta Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ( NIOSH) serta makmal sains contoh di seluruh Malaysia.

Wednesday, July 21, 2010

3000 Pembantu Makmal IPTA Naik Pangkat

Berita Harian 23hb Ogos 2007


Kira-kira 3,000 pembantu makmal di institut pengajian tinggi awam (IPTA) dijangka menerima kenaikan taraf jawatan kepada Penolong Pegawai Sains, awal tahun depan.
Keputusan itu antara persetujuan yang dicapai pada mesyuarat bersama Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan-kakitangan Universiti Malaysia (Gakum) mewakili pembantu makmal di IPTA dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Putrajaya kelmarin.
Mesyuarat selama dua jam dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Zulkefli A Hassan itu turut dihadiri Presiden Gakum, Tuan Haji Omar Osman selaku Presiden CUEPACS dan wakil Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Tuan Haji Omar berkata, mengikut keputusan mesyuarat itu juga, kementerian, JPA dan Jawatankuasa Pendaftar IPTA bersetuju menyelesaikan isu jawatan itu seperti dituntut Gakum.
Beliau berkata, sebagai langkah permulaan ke arah itu, semua IPTA bersetuju mengadakan kursus peralihan yang wajib diduduki semua pembantu makmal terbabit selama 11 bulan atau sekurang-kurangnya 80 jam kredit hingga 90 jam kredit ( 800jam pertembungan). Kursus ini mengandungi beberapa modul peperiksaan yang setaraf dengan diploma.
Setiap universiti akan menentukan modul kursus peralihan ini yang dijangka dimulakan November ini,” katanya ketika dihubungi semalam.
Difahamkan, empat IPTA yang diberi status universiti penyelidikan iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sedang menjalankan kursus berkenaan kepada pembantu makmal di universiti masing-masing.
Isu pertikaian status jawatan pembantu makmal yang berkhidmat di IPTA sudah berlarutan sejak hampir sembilan tahun lalu.
Dalam tempoh itu, Gakum dikatakan sudah mengadakan perbincangan tidak kurang tiga kali dengan kerajaan termasuk JPA, tetapi tiada tindakan susulan positif.

Saturday, July 17, 2010

Sekilas fakta sekadar pandangan

Tawaran Kenaikan Pangkat Pembantu Makmal C17 ke C22

Satu peluang yang agak baik setelah sekian lama bertugas sebagai Pembantu Makmal Pendidikan. Peluang peningkatan dalam kerjaya pengurusan makmal sains. Namun, sedar atau tidak, penempatan bagi kenaikan pangkat ini terhad kepada negeri-negeri yang berkenaan sahaja.
amat sukar menerima hakikat jika ditawarkan & terpaksa berhijrah ke suatu lokasi yg mungkin diluar impian. Kemungkinan ini tidak dapat dielakkan memandangkan pengisian hanya berlaku di negeri2 sebagaimana yg diiklankan. Bagaimana pula jika anda yg berada di negeri-negeri yang tidak ada post C22 tetapi ditawarkan utk kenaikan pangkat? Maka berhijrahlah tuan/puan. Implikasi jangka pendek, ialah kos sara hidup akan mula berubah. Peningkatan kos tidak dpt dielak kerana terpaksa menyewa, rumah di tempat asal ditinggalkan dengan bayaran ansuran dr pinjaman bank @ perumahan perbendaharaan diteruskan & diwaktu yg sama membayar sewa ditempat baru. Berbaloikah?Jika ditolak tawaran, peluang akan datang akan bertambah sempit memandangkan makin ramai yg akan layak mohon & bilakah tempoh terdekat tawaran sebegini akan berulang?

Sayugia saya ingatkan rakan2 disini, samada anda ditawarkan jawatan hakiki atau KUP, tuan/puan akan berada mode ini minima 5 tahun. Jika tuan/puan penerima kenaikan pangkat secara hakiki & berpindah ke negeri berkenaan, tuan/puan harus menerima hakikat bahawa tuan/puan perlu melalui tempoh minima 5 tahun sebelum boleh berharap untuk kembali bertugas ke negeri asal. Dan bagi mereka yg telah ditawarkan KUP, tempoh untuk mendapat hakiki juga memakan masa yg sama atau mungkin lebih. Tapi bg penerima KUP, lebih bernasib baik kerana tidak menerima implikasi kewangan yg teruk. Selagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia tidak menilai semula norma perjawatan anggota khidmat sokongan (AKS) yang sedang digunapakai sekarang, selagi itu penyandang hakiki & KUP akan berada dlm keadaan yg sama.untuk suatu tempoh yang agak panjang.
Mengapa saya berkata demikian. Fakta ini bersandarkan kpd norma baru AKS yg diluluskan oleh JPA pada 3 Disember 2008. Proses ini mengambil masa selama 5 tahun utk diluluskan.

Saya telah menghadiri bengkel penambahbaikan norma perjawatan AKS mewakili sebuah jabatan pelajaran negeri bersama rakan-rakan dari perjawatan lain, N17 ( Pentadbiran), N17 ( Asrama ) dari 12 hingga 14 Ogos 2003, yang diadakan di sebuah resort di Terengganu. Jabatan Pelajaran ini telah diamanah untuk menyediakan draf cadangan penambahbaikan norma perjawatan AKS bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Hasil bengkel ini telah dibentang oleh JPN di Kuching pada 16 Ogos 2003 ( Maklumat lengkap berkaitan pembentangan ini tidak diperolehi) . Kesemua rakan dari N17(pentadbiran dan asrama) telah menerima kenaikan pangkat dari N17 ke N22 atau N26, kecuali saya dan rakan-rakan dari C17 masih kekal dengan kategori sekarang.
Setelah beberapa siri perbincangan antara KPM dan KSKM, keputusan telah dicapai. Pihak JPA telah meluluskan norma baru mulai 3 disember 2008 dan akan dilaksanakan pada tahuun 2009. Bagaimanapun berikutan kekangan masalah kewangan kerajaan, perkara ini terpaksa ditangguhkan.Perkara ini telah dimaklum oleh SUA KSKM semasa saya menghadiri Mesyuarat EXCO KSKM pusat Kali Ke-3 (07-09)di Hotel Raudah, Kota Bharu pada 29 Disember 2008, Saya mewakili KSKM Cawangan Negeri ketika itu.
Berikut adalah spesifikasi perbandingan norma lama dan baru sebagaimana yang diedarkan oleh SUA .

Norma
Perjawatan Sedia ada
Norma
Perjawatan Perakuan JPA (3 Disember 2008)

Formula pengiraan kelayakan jawatan
·Pembantu Makmal Gred C17

Bilangan Makmal X 0.5
· Pembantu Am Pejabat (PAP) Gred N1 ( Di makmal Sains sekolah )
· Pembantu Makmal Gred C22
Ø Sekolah Menengah (SM) yang
mempunyai sekurang-kurangnya 4 buah kelas Tingkatan 6 Sains adalah layak diwujudkan satu jawatan Pembantu Makmal Gred C22

Ø Jawatan ini  termasuk dalam perkiraan formula berikut:

Bilangan Makmal X 0.5
· Pembantu Makmal Gred C26
Ø
Norma ini turut terpakai di sekolah Berasrama Penuh (SBP) tetapi jawatan Pembantu
Makmal Gred C22 diganti dengan jawatan Pembantu Makmal Gred C26

Formula pengiraan kelayakan jawatan
· Pembantu Makmal Gred C17

Bilangan Makmal X 1
· Pembantu Makmal Gred C22
Ø Sekolah Menengah (SM) yang
mempunyai sekurang-kurangnya 2 buah kelas Tingkatan 6 Sains
adalah layak diwujudkan satu jawatan Pembantu Makmal Gred C22

Ø Jawatan ini  termasuk dalam perkiraan formula berikut:

Bilangan Makmal X 1
· Pembantu Makmal Gred 26
Ø
Norma ini turut terpakai di sekolah Berasrama Penuh (SBP) tetapi jawatan Pembantu
Makmal Gred C22 diganti dengan jawatan Pembantu Makmal Gred C26
Enhanced by Zemanta

Tuesday, July 6, 2010

Tawaran Kenaikan Pangkat Dari C17 ke C22

Perkara ini amat menarik untuk dikongsi bersama-sama rakan yang bercadang atau bercita-cita untuk naik pangkat setelah sekian lama terperap disudut makmal sains yang penuh wangian karosin dan karsinogenik. Wangian yang menusuk disegenap sudut jasad tanpa siapa yang memahami dan ambil peduli kecuali kakitangan makmal itu sendiri.
Dengan wujudnya tawaran ini, diharap pembantu makmal C17 yang layak dapat merebut peluang. Adalah dijangkakan 1000 orang Pembantu Makmal C17 layak memohon. Ini berdasarkan kepada anggaran bilangan pembantu makmal seluruh Malaysia yang dilantik sebelum tahun 2003 seramai 5000 orang.
Berdasarkan statistik Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), sebanyak 38 kekosongan jawatan naik pangat C22 perlu diisi dengan Negeri Johor 11 kekosongan, Selangor (10), Pahang dan Sabah masing-masing 5 ,Sarawak dan Kolej Matrikulasi(2) Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masing-masing 1.

Ahli Jawatankuasa Negeri Terengganu Sesis 2011/2013

Ahli Jawatankuasa Negeri Terengganu Sesis 2011/2013


Program cuti terancang pengurusan makmal 2010

Salam bahagia, Salam Dzulkaedah buat rakan dan teman PM seantero Malaysia & nusantara. Penggal persekolahan 2010 bakal melabuh tirai tidak berapa lama lagi. & pasti makmal akan menjadi seri. tiada lagi hiruk pikuk, gegak gempita dlm makmal. PPSMI telah dimansuhkan, PTK telah dihapuskan, apa perancangan kalian untuk meneruskan legasi pengurusan makmal. Sudah tersediakah pengisan cuti terancang di lab?
Ok, tips 4 share.
-> Sediakan plan tindakan komprehensif sbg garispanduan kerja2 yg bakal dilaksanakan dlm cuti. Tindakan mengikut harian@mingguan ( buat-buat sibuk ler)
-->> kerja2 yg akan dilakukan.
i. Menyemak stok peralatan.
ii. Membuat hapuskira peralatan kecil. Sila download borang yang disediakan.
iii. Membuat pelupusan bahan kimia ( ikut peraturan weh. bukan main ikut sedap nk buang )
iv. Mengecat kerusi meja ( hanya material berkayu shj yg sesuai ). Meja-meja modular khususnya dari material HDPE xbleh cat tau. biarkan permukaan meja tu dgn corak yg pelbagai itu.( kalau sesape ada idea bagaimana nak hapuskan abstack pada meja HDPE, hasar share ek. jgn kedekut tau.
v. Baiki mana2 perabut yg sesuai dibaik pulih.
vi. membuat penalaan semula instrument mekanikal & elektronik.
vii. Rawatan karat bagi mana2 komponen & peralatan yg mudah berkarat spt mikrometer, angkup vernier.
viii. Melupuskan jasad peralatan rosak.
ix. Mereka bentuk salur kaca...sedia stok baru. x. Buat larutan stok.

Chemistry Activities

Makmal Sains SMKA Sibu

Laboratory Management

Major in Laboratory Management

The laboratory management major prepares students to manage and coordinate the nontechnical activities that contribute to a safe and well-run laboratory. It builds on the technical and scientific knowledge gained through the associate's degree program and direct experience in the field. The curriculum provides both in-depth study of scientific concepts and procedures and management skills related to inventory, budget, personnel and operations. It is designed to prepare students to meet employer needs for scientific technicians trained in both the sciences and the management of laboratory activities.
Intended Program Outcomes

The student who graduates with a major in laboratory management will be able to

•Create a healthy, safe, and productive workplace by effectively and appropriately hiring, training, supporting, and evaluating laboratory personnel.
•Manage (plan, organize, and direct) the daily work activities of a laboratory setting by working independently and as a member of a team, meeting job expectations, and adhering to organizational policies and goals.
.Communicate thoughts orally and in writing in a clear, well-organized manner that effectively persuades, informs, and clarifies ideas, information, and lab techniques/procedures to staff , the scientific community, and the public.
•Practice ethical standards of integrity, honesty, and fairness as a laboratory manager and professional.
•Monitor and maintain laboratory-related documentation, equipment, and supplies necessary for conducting efficient, safe, cost-effective, and hygienic laboratory operations.
•Manage scientific and laboratory practices and procedures by complying with and adhering to national, state, and local standards, policies, protocols, and regulations.

Simulator for practice in use and interpreting

Vernier caliper in millimeter with resolution of 0.05mm (five hundredths of a millimetre)

The slide caliper is a measuring instrument with a scale and a cursor that drift into it. It was designed to take external linear dimensions, by contact between two opposing sides. With less accuracy, it also measures internal dimensions, depths, bumps, among other.

The scale of this simulation is graduated in centimeters, which is divided into tenths (millimeter). The nonius divide the millimeter by twenty (1/20), marking the 0.05 mm (five hundredths of a millimeter).

Practice here

Making Reagent Solution Software.... Free download

Fire Extinguisher

Fire Extinguisher
Must be permanent every lab

How to use?

How to use?