Satu peluang yang agak baik setelah sekian lama bertugas sebagai Pembantu Makmal Pendidikan. Peluang peningkatan dalam kerjaya pengurusan makmal sains. Namun, sedar atau tidak, penempatan bagi kenaikan pangkat ini terhad kepada negeri-negeri yang berkenaan sahaja.
amat sukar menerima hakikat jika ditawarkan & terpaksa berhijrah ke suatu lokasi yg mungkin diluar impian. Kemungkinan ini tidak dapat dielakkan memandangkan pengisian hanya berlaku di negeri2 sebagaimana yg diiklankan. Bagaimana pula jika anda yg berada di negeri-negeri yang tidak ada post C22 tetapi ditawarkan utk kenaikan pangkat? Maka berhijrahlah tuan/puan. Implikasi jangka pendek, ialah kos sara hidup akan mula berubah. Peningkatan kos tidak dpt dielak kerana terpaksa menyewa, rumah di tempat asal ditinggalkan dengan bayaran ansuran dr pinjaman bank @ perumahan perbendaharaan diteruskan & diwaktu yg sama membayar sewa ditempat baru. Berbaloikah?Jika ditolak tawaran, peluang akan datang akan bertambah sempit memandangkan makin ramai yg akan layak mohon & bilakah tempoh terdekat tawaran sebegini akan berulang?
Sayugia saya ingatkan rakan2 disini, samada anda ditawarkan jawatan hakiki atau KUP, tuan/puan akan berada mode ini minima 5 tahun. Jika tuan/puan penerima kenaikan pangkat secara hakiki & berpindah ke negeri berkenaan, tuan/puan harus menerima hakikat bahawa tuan/puan perlu melalui tempoh minima 5 tahun sebelum boleh berharap untuk kembali bertugas ke negeri asal. Dan bagi mereka yg telah ditawarkan KUP, tempoh untuk mendapat hakiki juga memakan masa yg sama atau mungkin lebih. Tapi bg penerima KUP, lebih bernasib baik kerana tidak menerima implikasi kewangan yg teruk. Selagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia tidak menilai semula norma perjawatan anggota khidmat sokongan (AKS) yang sedang digunapakai sekarang, selagi itu penyandang hakiki & KUP akan berada dlm keadaan yg sama.untuk suatu tempoh yang agak panjang.
Mengapa saya berkata demikian. Fakta ini bersandarkan kpd norma baru AKS yg diluluskan oleh JPA pada 3 Disember 2008. Proses ini mengambil masa selama 5 tahun utk diluluskan.
Saya telah menghadiri bengkel penambahbaikan norma perjawatan AKS mewakili sebuah jabatan pelajaran negeri bersama rakan-rakan dari perjawatan lain, N17 ( Pentadbiran), N17 ( Asrama ) dari 12 hingga 14 Ogos 2003, yang diadakan di sebuah resort di Terengganu. Jabatan Pelajaran ini telah diamanah untuk menyediakan draf cadangan penambahbaikan norma perjawatan AKS bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Hasil bengkel ini telah dibentang oleh JPN di Kuching pada 16 Ogos 2003 ( Maklumat lengkap berkaitan pembentangan ini tidak diperolehi) . Kesemua rakan dari N17(pentadbiran dan asrama) telah menerima kenaikan pangkat dari N17 ke N22 atau N26, kecuali saya dan rakan-rakan dari C17 masih kekal dengan kategori sekarang.
Setelah beberapa siri perbincangan antara KPM dan KSKM, keputusan telah dicapai. Pihak JPA telah meluluskan norma baru mulai 3 disember 2008 dan akan dilaksanakan pada tahuun 2009. Bagaimanapun berikutan kekangan masalah kewangan kerajaan, perkara ini terpaksa ditangguhkan.Perkara ini telah dimaklum oleh SUA KSKM semasa saya menghadiri Mesyuarat EXCO KSKM pusat Kali Ke-3 (07-09)di Hotel Raudah, Kota Bharu pada 29 Disember 2008, Saya mewakili KSKM Cawangan Negeri ketika itu.
Berikut adalah spesifikasi perbandingan norma lama dan baru sebagaimana yang diedarkan oleh SUA .
Norma Perjawatan Sedia ada | Norma Perjawatan Perakuan JPA (3 Disember 2008) |
Formula pengiraan kelayakan jawatan ·Pembantu Makmal Gred C17 Bilangan Makmal X 0.5 · Pembantu Am Pejabat (PAP) Gred N1 ( Di makmal Sains sekolah ) · Pembantu Makmal Gred C22 Ø Sekolah Menengah (SM) yang mempunyai sekurang-kurangnya 4 buah kelas Tingkatan 6 Sains adalah layak diwujudkan satu jawatan Pembantu Makmal Gred C22 Ø Jawatan ini termasuk dalam perkiraan formula berikut: Bilangan Makmal X 0.5 · Pembantu Makmal Gred C26 Ø Norma ini turut terpakai di sekolah Berasrama Penuh (SBP) tetapi jawatan Pembantu Makmal Gred C22 diganti dengan jawatan Pembantu Makmal Gred C26 | Formula pengiraan kelayakan jawatan · Pembantu Makmal Gred C17 Bilangan Makmal X 1 · Pembantu Makmal Gred C22 Ø Sekolah Menengah (SM) yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 buah kelas Tingkatan 6 Sains adalah layak diwujudkan satu jawatan Pembantu Makmal Gred C22 Ø Jawatan ini termasuk dalam perkiraan formula berikut: Bilangan Makmal X 1 · Pembantu Makmal Gred 26 Ø Norma ini turut terpakai di sekolah Berasrama Penuh (SBP) tetapi jawatan Pembantu Makmal Gred C22 diganti dengan jawatan Pembantu Makmal Gred C26 |
No comments:
Post a Comment